Saya sudah bertekad untuk memulakan sesuatu yang baharu, keinginan untuk memulakan perniagaan begitu meluap-luap. Saya juga telah menerima tawaran usahawan wanita PNS. Tetapi hati ini berat kepada harta intelek (HI). Pada pertengahan 2005, saya telah mencipta beberapa nama untuk syarikat yang saya angan-angankan.
Saya sering melukis atau mengambar sekiranya mengantuk sewaktu kelas MIP itu dan antarannya adalah contengan-contengan nama-nama ciptaan yang berkaitan. Saya berasa begitu teruja dengan beberapa gabungan perkataan yang saya cipta tetapi ada yang betul-betul saya minati.
Antara unsur yang amat saya tekankan adalah terma saintifik, mungkin sebagai seorang yang sentiasa positif saya lebih gemar kan maksud "penjanaan". Disebabkan pengaruh bioteknologi, dan minat mendalam terhadap enzim, keutamaan diberi kepada dua pilihan dari senarai nama ciptaan yang panjang iaitu:
- IPSynthase; dan
- IPSynthesis
IPSynthaseTM dicipta berdasarkan maksud "hasil" atau "jana" dan akhiran "ase" merujuk kepada akhiran enzim yang kebiasaannya mempunyai akhiran "ase", manakala IP adalah untuk "Intellectual property" atau harta intelek. Enzim pula merupakan pemangkin biologi.
Manakala bagi IPSynthesisTM, sintesis bermakna menghasilkan produk dari proses. Secara kimianya memerlukan bahan tindakbalas, proses tindakbalas dan menghasilkan produk.
Dengan itu IPSynthesis bermaksud penghasilan produk harta intelek dan yang berkaitan dengannya.
Saya merasakan kedua-duanya mempunyai potensi dan ianya merupakan nama yang unik hasil dari ilham yang ALLAH kurniakan.
No comments:
Post a Comment