Sunday, October 23, 2011

Bersemangatlah

"Ada kalanya kita berasa letih dan tidak berdaya,
tetapi kita tidak diajar untuk berputus asa.
Oleh itu, bangkitlah melangkah kerana itulah tujuan insan. 
Apa-apapun percaturan kita di dunia ini,
memerlukan kita memikir dan berusaha mengapai impian tesebut."



Berusaha melangkah  menuju destinasi yang diingini
Photo: IsmailJ

Sentiasa kita diuji dengan kesukaran, perlulah juga kita sentiasa berdoa agar kesukaran itu mudah dilalui dan dilalui dengan hati yang tenang dan reda.  Sentiasa menggantungkan pengharapan kepada "Allah yang Satu". 

Adakala hati terasa ingin mengadu kepada sahabat, teman atau orang disekeliling. Tetapi sentiasa ingat bahawa tempat bergantung yang utama adalah dengan NYA. Tiada yang lain. Sekiranya kita dikurniakan teman yang baik, memahami, sanggup bersusah payah kerana dirimu. Maka bersyukurlah, kerana itu adalah satu bentuk pertolongan dari NYA.


Monday, October 18, 2010

setiap permulaan ada akhiran

Ya Awwal Ya Akhir

Ya Latiff....Ya Latiff....Ya Latiff
  lembutkan hatiku ya Allah

Rabbi yasser wala tu as'sir, rabbi tammi bil khair



Aku telah memaklumkan setiausaha syarikat untuk memanggil mesyuarat EGM kali kedua.  Tarikh yang dicadangkan adalah 15hb Oktober 2010 iaitu hari Jumaat, penghulu segala hari, tetapi mereka tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut dan terpaksa dipercepatkan kepada 12hb Oktober 2010, hari Selasa (hmmm).  En KAR, telah dahulu sampai ke bilik mesyuarat di premis setiausaha syarikat, diriku dan suami hadir jam 3ptg, En AKAG menyusul dan peguamku En Adnan menyusul selepas itu.  Mesyuarat  sepatutnya bermula jam 3ptg, tetapi terpaksa menunggu  En MTA, En MTA hadir hanya selepas 20min  manakala Cik HHB tidak hadir dan mewakilkan  proxy kepada En T.  Lebih kurang jam 3.30 ptg barulah mesyuarat bermula. 

Mesyuarat 12.10.10 pun berjalan dan  yang panjang dipendekkan, aku bersyukur kepada Allah, setiap yang bermula pasti ada akhirnya, aku tidak kesal memulakannya dengan segala jerih-perit, segala tekanan yang dilalui, setiap pengorbanan dan titis peluh untuk membinanya, aku serahkan kepada yang meminta. Aku secara jujur tidak ingin bersama mereka.  Mereka tiada bersamaku selama ini, dan aku tetap berdiri tegak menempuh segala dugaan, tiada sokongan yang jujur samada secara kewangan,spiritual,mental atau sumbangan ilmiah, yang ada hanya kata-kata yang tidak pernah ditunaikan secara realiti. Selama ini aku sendirian tambahan pula terpaksa memikirkan pembangunan secara keseluruhan disebabkan itu tidak pernah aku terfikir untuk meninggalkan mereka selama ini, cuma hakikat yang mereka yang tinggalkan diriku dari awal tidak ku sedari secara jelas ketika itu. Ada lah kehadiran 1 atau 2 individu tetapi tidak menyumbang malah menambahkan kepeningan.  

Saat kesukaran tiada yang sudi berkongsi, cuma kesenanganku yang diiri. 
Itulah hakikatnya.  Dalam tempoh empat tahun tiada yang mengambil berat tentang diriku, kebajikan ku, mereka berkata merka sahabat tetapi tiada bila diriku kesukaran, pelbagai perih-jerih yang ku lalui tiada diantara mereka yang sudi mendengar secara jujur terutama sewaktu sebelum kembalinya kerahmatullah penyokong kuatku.


Penglibatan diriku di IPsynthesis Sdn Bhd berakhir secara rasmi 12hb Oktober 2010.  

Tetapi nama itu "ipsynthesis" merupakan salah satu dari banyak lagi nama cetusan mindaku.




percayalah kepada potensi diri;
jangan takut untuk melangkah, 
kerana yang menghalang kebiasaanya 
adalah kekangan yang diletakkan oleh diri sendiri. 
Allah membentangkan secara luas hamparan dunia ini 
untuk kita semua  berusaha; dan 
bersifatlah secara membina (constructive).

Saturday, October 2, 2010

ipsynthesis sketch 1

sketch mengisi masa suatu ketika dahulu...hakcipta terpelihara 2005.

nama itu bermula _ipsynthesis

Saya sudah bertekad untuk memulakan sesuatu yang baharu, keinginan untuk memulakan perniagaan begitu meluap-luap. Saya juga telah menerima tawaran usahawan wanita PNS. Tetapi hati ini berat kepada harta intelek (HI).  Pada pertengahan 2005, saya telah mencipta beberapa nama untuk syarikat yang saya angan-angankan. 

Saya sering melukis atau mengambar sekiranya mengantuk sewaktu kelas MIP itu dan antarannya adalah contengan-contengan nama-nama ciptaan yang berkaitan.  Saya berasa begitu teruja dengan beberapa gabungan perkataan yang saya cipta tetapi ada yang betul-betul saya minati.



Antara unsur yang amat saya tekankan adalah terma saintifik, mungkin sebagai seorang yang sentiasa positif saya lebih gemar kan maksud "penjanaan". Disebabkan pengaruh bioteknologi, dan minat mendalam terhadap enzim, keutamaan diberi kepada dua pilihan dari senarai nama ciptaan yang panjang iaitu:

  1.  IPSynthase; dan
  2.  IPSynthesis
IPSynthaseTM dicipta berdasarkan maksud "hasil" atau "jana" dan akhiran "ase" merujuk kepada akhiran enzim yang kebiasaannya mempunyai akhiran "ase", manakala IP adalah untuk "Intellectual property" atau harta intelek. Enzim pula merupakan pemangkin biologi.

Manakala bagi IPSynthesisTM,  sintesis bermakna menghasilkan produk dari proses. Secara kimianya memerlukan bahan tindakbalas, proses tindakbalas dan menghasilkan produk.
Dengan itu IPSynthesis bermaksud penghasilan produk harta intelek dan yang berkaitan dengannya.

Saya merasakan kedua-duanya mempunyai potensi dan ianya merupakan nama yang unik hasil dari ilham yang ALLAH kurniakan.

Thursday, September 30, 2010

2004 Permulaan ikhlas dariku

2004 merupakan tahun yang agak mencabar. Cabaran datang dari luar dimana keadaan ekonomi dan inflasi yang tinggi menyebabkan diriku berfikir yang kami perlukan peningkatan. Syukur juga ada sokongan dari keluarga, ketika itu kami sekeluarga berempat dan bahagia.  Suatu hari saya terbaca surat khabar... dan disitulah harapan seperti berputik. Bermulalah episod mengisi borang untuk memohon sambung belajar sarjana di universiti.  Lebih kurang bulan Jun-Julai mendapat berita gembira diterima masuk program sarjana harta intelek. bermula dari situ azam diperkuatkan.

September merupakan bulan pertama pengajian dimulakan, kelas pertama adalah Malaysian Legal System (MLS) yang dijadualkan pada hari Isnin jam 8 hingga 10 malam.  Ketika itu, saya memandu selepas waktu kerja ke universiti dari bandar bersejarah, perjalanan mengambil masa 2jam, biasanya saya akan sampai kerumah semula lewat jam 12malam dan akan bekerja semula keesokan harinya.  Jadual hari Sabtu dan Ahad pula agak penuh dari pagi hingga petang. Alhamdullillah, saya menumpang berteduh di rumah lama bapa saya.

Saya berasa Syukur, kerana diberi peluang menyambung pelajaran dan dibiayai oleh unit perancang ekonomi (UPE) untuk yuran pengajian, disebabkan itu saya masih perlu meneruskan tugas.



bersambung.....



Wednesday, September 15, 2010

The beginning

ipsynthesis in my point of view coming soon.

                                                 IPSynthesis