September merupakan bulan pertama pengajian dimulakan, kelas pertama adalah Malaysian Legal System (MLS) yang dijadualkan pada hari Isnin jam 8 hingga 10 malam. Ketika itu, saya memandu selepas waktu kerja ke universiti dari bandar bersejarah, perjalanan mengambil masa 2jam, biasanya saya akan sampai kerumah semula lewat jam 12malam dan akan bekerja semula keesokan harinya. Jadual hari Sabtu dan Ahad pula agak penuh dari pagi hingga petang. Alhamdullillah, saya menumpang berteduh di rumah lama bapa saya.
Saya berasa Syukur, kerana diberi peluang menyambung pelajaran dan dibiayai oleh unit perancang ekonomi (UPE) untuk yuran pengajian, disebabkan itu saya masih perlu meneruskan tugas.
bersambung.....